Assalamu'alaikum
Di
dalam Islam, wujud lima tiang seri yang menjadi asas kepada
kekuatannya. Ia dinamakan ‘al-arkan al-Islam’ ataupun ‘rukun Islam’.
Lima rukun itu ialah
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima waktu
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa Ramadan
5. Mengerjakan haji di Baitullah
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Mendirikan solat lima waktu
3. Menunaikan zakat
4. Berpuasa Ramadan
5. Mengerjakan haji di Baitullah
Huraian:
1.
Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua
perkara. Pertama, hanya Allah SWT sahajalah Tuhan yang wajib disembah
dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Muhammad SAW sebagai nabi
dan rasul yang dibangkitkan Allah SWT kepada kita.
Namun,
tidaklah cukup jika kita sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah ini,
jika tidak memahami maksud dan tuntutan di sebalik pengucapannya.
Bandingannya samalah seperti sighah (ijab dan kabul) semasa akad nikah
dalam perkahwinan. Ucapan yang dilafaz itu, menatijahkan suatu
tanggungjawab maha berat bagi sepasang suami dan isteri.
Pesan Rasulullah SAW: “Daripada
‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan
Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.” (al-Bukhari dan
Muslim)
Hadis
di atas menjelaskan, mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah
dengan penuh kefahaman dan ketulusan, maka ia dapat menyelamatkan mereka
daripada bakaran api neraka. Sebaliknya, mereka yang berpura-pura
sahajalah, yang akan menjadi bakaran neraka Allah, wal’iyazubillah!
Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, ia disertai dengan tiga perkara:
1. Dikrarkan dengan lidah
2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati
3. Dibuktikan dengan amal
2. Ditasdikkan (diakui) dengan hati
3. Dibuktikan dengan amal
2.
Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama. Ia jelas
dipaparkan di dalam hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, misalnya:
“Ajaklah
mereka (penduduk Yaman) menyaksikan (syahadah) bahawa tiada Tuhan
selain Allah dan bahawa aku utusan Allah. Jika mereka telah mematuhinya,
maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima
waktu sehari semalam.” (Hadis Daripada Muadz bin Jabal, riwayat Muslim)
Solat
yang dididirikan dengan sempurna, maka dapat mencegah diri si pelakunya
daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya.
Firman Tuhan:
“Bacalah
apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan
dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
(perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah
(solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain).
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Ankabut (29): 45)
3.
Menunaikan zakat apabila cukup segala syaratnya. Zakat diindikasikan
rukun ketiga, kerana ia sering digandingkan dengan solat demi
menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan)
dalam kehidupan umatnya.
Nabi menyatakan: “Apabila
yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat),
sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan
mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan
kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim)
Zakat
adalah amalan yang mempunyai nilai ukhuwwah dan juga solidariti yang
tinggi. Zakat juga mempunyai konotasi pembersihan harta, penyucian jiwa
dan peningkatan peribadi yang terpuji. Orang yang istiqamah menunaikan
zakat, maka mereka diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan
keuntungan di hari akhirat yang tidak ternilai harganya.
4.
Berpuasa di bulan Ramadan adalah rukun Islam yang bersifat mendidik
jiwa. Allah SWT sendiri mejamin akan memberikan pahala yang tidak terhad
jumlahnya kepada mereka yang berpuasa, kerana amalan ini bersifat
‘tersembunyi’ dan tidak dapat dilihat seperti solat, haji dan zakat.
Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu sama ada dia berpuasa atau tidak,
puasa ‘yang yuk’ atau puasa apa maqamnya.
Rasulullah SAW menukilkan: “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW menukilkan: “Semua amal anak Adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakannya),” (Riwayat Muslim)
Berpuasa
mampu melentur nafsu agar tunduk kepada Allah SWT. Bahkan puasa juga
adalah suatu kaedah paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca
segala penyakit.
5.
Menunaikan haji di Baitullah adalah kemuncak kepada rukun Islam yang
lima. Ia menjadi bukti agung keIslaman seseorang, namun hanya mereka
yang mampu sahaja diwajibkan. Dengan menunaikan haji, maka lengkaplah
sudah rukun Islam kita.
Dari Jabir bin Abdullah r.a, katanya: “Kami
pergi haji dengan Rasulullah SAW, bersama-sama dengan wanita dan
anak-anak. Setelah sampai di Mekah, kami tawaf di Baitullah, saie antara
Safa dan Marwah…” (Hadis Riwayat Muslim)
Namun
begitu, Nabi SAW sendiri hanya menunaikan haji sekali dalam usianya.
Ini menunjukkan, yang penting bukan berapa kali ‘naik haji’ melainkan
hikmah dan iktibar di sebalik perlakuan haji. Jika rukun Islam yang
lain, lebih lembut dan sederhana sifatnya, namun haji adalah perlakuan
ibadah yang menzahirkan kesepaduan, kekuatan ummah dan kehebatan
individu muslim.
Sebab
itulah haji mewajibkan ihram sebagai busananya, menzahirkan tubuh badan
yang sihat dan kuat. Semuanya berihram, bukti kita ini hakikatnya sama
sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Perlakuan haji juga memerlukan
kekuatan tubuh badan, berlarian antara Safa dan Marwah, melontar ketulan
batu, bermalam di Muzdalifah dan sebagainya.
Paling
agung, haji adalah kongres umat Islam sedunia. Tempat saling
kenal-mengenali, mencipta kekuatan ummah dan juga medan pernyataan emosi
yang tidak terbatas. Apa lagi yang tidak dinamakan ‘demontrasi’ jika
masing-masing mengelilingi Ka’abah dan berarak sambil mengucapkan
talbiyah…Labbaikallahu malabaik!!!
Wallahua’lam.