SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda
keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda
berasa takut yang amat sagat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang
dua rakaat.
i. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepasa dari kegelapan
ii.Rakaat jedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t
telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya
pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
i. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan
ii. Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
iii. Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah
iv. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas
ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu
telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat
kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kegelapan iaitu:
i. Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
ii. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut.
iii. Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
iv. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
i. Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah
dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii.Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua
atau tiga
ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah
tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya
ii. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
iii. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun
iv. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun
sejarah solat
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment